Sunday, February 28, 2010

LAPORAN PASAK100 MATEMATIK PMR

Berikut adalah laporan yang telah disediakan oleh pencatat kita sewaktu perbincangan di PPD Kuala Kangsar baru-baru ini. Sila komen atau email kepada moderator untuk penambahbaikan. TQ.

LAPORAN PROGRAM PASAK 100 NEGERI PERAK BIL 1 TAHUN 2010 DAERAH KUALA KANGSAR

TARIKH : 25/2/2010 (Khamis)

MASA: 2.30 petang

TEMPAT: PPD

SUBJEK: Matematik PMR

KEHADIRAN:

BIL

NAMA

SEKOLAH

1.

EN. MOHD NORAZAM B HJ AZUDDIN (K)

SMK SULTAN TAJUL ARIFIN

2.

MOHAMAD TAJUL AKWAM B IDRIS

SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

3.

CIK LIM CHIEW NGOH

SMK TOK MUDA ABD AZIZ

4.

EN. ABDUL KADIR B MOHD. HIJAZI

SMK SIMPANG BELURU

5.

EN. JHAIRUN NASRI B ABD RASHID

SMK CLIFFORD

6.

EN. NAZAR B MD. AMIN

SMK TEMENGGUNG KATI

7.

EN. AHMAD ZAMBRI B YAN

SMK TUN PERAK

8.

EN. ABDUL RAZB B ARIFFIN

SMK BUKIT MERCU

9.

TN SYED MOHD HASHIM B SYED ISMAIL

SMK DATUK HJ ABD WAHAB

10.

EN. CHOO KEE CHUAN

SMK TSUNG WAH

11.

CIK NORAZWANI ALIAS

SMK SHING CHUNG

DASAR SEKOLAH

1. SMK TEMENGGUNG KATI

Ø Syllabus dihabiskan awal sebelum Jun

2. SMK SHUNG CHUNG

Ø Guru berpengalaman mengajar Ting.3

Ø 4 guru mengajar Ting.3

Ø Kutip yuran daripada pelajar untuk WAJA

3. SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

Ø Pengukuhan dan pengayaan untuk pelajar lemah

Ø Kenalpasti pelajar melalui TOV dan Headcount pada awal tahun

Ø Kelas tambahan untuk kelas yang depan

3. SMK CLIFFORD

Ø Guru Tg1 &2 membantu Guru Tg.3 selepas percubaan PMR (Jadual Anjal)

Ø Pelajar disusun mengikut keputusan akhir tahun tg.1

Ø Kelas belakang diajar mengikut syllabus minimum

Ø PIBG menanggung kos bahan fotostat

4. SMK BUKIT MERCHU

Ø Guru subjek berkongsi pengetahuan/kepakaran

Ø Program perkembangan staf contohnya GSP, teknik memeriksa untuk guru

Ø Teknik menjawab soalan untuk pelajar

PEDAGOGI

Ø CD courseware kurang digunakan kerana kekangan dari segi keadaan kelas yang kurang sesuai, kekosongan makmal komputer

Ø Penggunaan buku teks bergantung kepada tajuk kerana latihan dalam buku teks terhad

Ø Penggunaan bahasa semasa P&P : kelas depan (BI), kelas hujung (BM)

Ø Soalan peperiksaan digubal dalam dwibahasa

Ø Penggunaan kalkulator dalam P&P

Ø Penggunaan WAJA sesuai untuk kelas pertengahan

Ø Latih tubi banyak diberikan

PROGRAM

Ø Menghafal sifir untuk pelajar ting.1

Ø Pelajar ting.1 tidak digalakkan untuk mengguna kalkulator

Ø Topik-topik yang memperuntukkan markah yang banyak diberikan penekanan lebih semasa kelas tambahan (locus, construction, graph function,statistics)

Ø Kemahiran menggunakan kalkulator untuk kertas 1

Ø Kemahiran ’mentarget’ jawapan untuk soalan yang tidak dapat dijawab

Ø Perbanyakkan set-set soalan yang standard untuk pelajar cemerlang mulai awal tahun (dedahkan mereka kepada format peperiksaan yang sebenar)

Ø Latih tubi soalan-soalan tahun lepas

Ø Guna WAJA ting.1 & 2 untuk pengukuhan

Ø Program Prep (3.00-4.30 petang) bergilir-gilir mengikut subjek

Ø Kelas tambahan kepada pelajar cemerlang, klinikal untuk pelajar lemah

Ø Kelas tambahan bagi subjek PPSMI setiap minggu ( untuk tujuan habis syllabus, ulangkaji)

PERANAN KAUNSELOR

Ø Program dijalankan oleh kaunselor tetapi keberterusan kemahiran yang diperolehi kurang di kalangan pelajar

Ø Kemahiran belajar didedahkan pada awal tahun dan diikuti dengan kemahiran menjawab

Ø Membimbing pelajar yang bermasalah

MASALAH

Ø Disiplin pelajar dari segi ponteng kelas, ponteng sekolah

Ø Sikap dan adab pelajar – kurang inisiatif untuk belajar

KOMEN & PANDANGAN

Ø PASAK sesuai untuk membincang & berkongsi idea, pandangan, strategi & program

Ø Kerjasama dan kesefahaman perlu ada di antara pelajar dengan cikgu untuk memudahkan P&P

Ø Pertandingan menjawab soalan matematik dengan kalkulator antara sekolah di daerah


PELANCARAN PASAK100

PASAK100 telah dilancarkan di PPD Kinta Utara baru-baru ini. PASAK bermaksud Penggerak Amalan Strategi Asas Kualiti berhasrat membangkitkan semangat bekerjasama dikalangan guru-guru untuk meningkatkan prestasi pelajar.