LAPORAN PROGRAM PASAK 100 NEGERI PERAK BIL 1 TAHUN 2010 DAERAH KUALA KANGSAR
TARIKH : 25/2/2010 (Khamis)
MASA: 2.30 petang
TEMPAT: PPD
SUBJEK: Matematik PMR
KEHADIRAN:
BIL | NAMA | SEKOLAH |
1. | EN. MOHD NORAZAM B HJ AZUDDIN (K) | SMK SULTAN TAJUL ARIFIN |
2. | MOHAMAD TAJUL AKWAM B IDRIS | SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM |
3. | CIK LIM CHIEW NGOH | SMK TOK MUDA ABD AZIZ |
4. | EN. ABDUL KADIR B MOHD. HIJAZI | SMK SIMPANG BELURU |
5. | EN. JHAIRUN NASRI B ABD RASHID | SMK CLIFFORD |
6. | EN. NAZAR B MD. AMIN | SMK TEMENGGUNG KATI |
7. | EN. AHMAD ZAMBRI B YAN | SMK TUN PERAK |
8. | EN. ABDUL RAZB B ARIFFIN | SMK BUKIT MERCU |
9. | TN SYED MOHD HASHIM B SYED ISMAIL | SMK DATUK HJ ABD WAHAB |
10. | EN. CHOO KEE CHUAN | SMK TSUNG WAH |
11. | CIK NORAZWANI ALIAS | SMK SHING CHUNG |
DASAR SEKOLAH | 1. SMK TEMENGGUNG KATI Ø Syllabus dihabiskan awal sebelum Jun 2. SMK SHUNG CHUNG Ø Guru berpengalaman mengajar Ting.3 Ø 4 guru mengajar Ting.3 Ø Kutip yuran daripada pelajar untuk WAJA 3. SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM Ø Pengukuhan dan pengayaan untuk pelajar lemah Ø Kenalpasti pelajar melalui TOV dan Headcount pada awal tahun Ø Kelas tambahan untuk kelas yang depan 3. SMK CLIFFORD Ø Guru Tg1 &2 membantu Guru Tg.3 selepas percubaan PMR (Jadual Anjal) Ø Pelajar disusun mengikut keputusan akhir tahun tg.1 Ø Kelas belakang diajar mengikut syllabus minimum Ø PIBG menanggung kos bahan fotostat 4. SMK BUKIT MERCHU Ø Guru subjek berkongsi pengetahuan/kepakaran Ø Program perkembangan staf contohnya GSP, teknik memeriksa untuk guru Ø Teknik menjawab soalan untuk pelajar |
PEDAGOGI | Ø CD courseware kurang digunakan kerana kekangan dari segi keadaan kelas yang kurang sesuai, kekosongan makmal komputer Ø Penggunaan buku teks bergantung kepada tajuk kerana latihan dalam buku teks terhad Ø Penggunaan bahasa semasa P&P : kelas depan (BI), kelas hujung (BM) Ø Soalan peperiksaan digubal dalam dwibahasa Ø Penggunaan kalkulator dalam P&P Ø Penggunaan WAJA sesuai untuk kelas pertengahan Ø Latih tubi banyak diberikan |
PROGRAM | Ø Menghafal sifir untuk pelajar ting.1 Ø Pelajar ting.1 tidak digalakkan untuk mengguna kalkulator Ø Topik-topik yang memperuntukkan markah yang banyak diberikan penekanan lebih semasa kelas tambahan (locus, construction, graph function,statistics) Ø Kemahiran menggunakan kalkulator untuk kertas 1 Ø Kemahiran ’mentarget’ jawapan untuk soalan yang tidak dapat dijawab Ø Perbanyakkan set-set soalan yang standard untuk pelajar cemerlang mulai awal tahun (dedahkan mereka kepada format peperiksaan yang sebenar) Ø Latih tubi soalan-soalan tahun lepas Ø Guna WAJA ting.1 & 2 untuk pengukuhan Ø Program Prep (3.00-4.30 petang) bergilir-gilir mengikut subjek Ø Kelas tambahan kepada pelajar cemerlang, klinikal untuk pelajar lemah Ø Kelas tambahan bagi subjek PPSMI setiap minggu ( untuk tujuan habis syllabus, ulangkaji) |
PERANAN KAUNSELOR | Ø Program dijalankan oleh kaunselor tetapi keberterusan kemahiran yang diperolehi kurang di kalangan pelajar Ø Kemahiran belajar didedahkan pada awal tahun dan diikuti dengan kemahiran menjawab Ø Membimbing pelajar yang bermasalah |
MASALAH | Ø Disiplin pelajar dari segi ponteng kelas, ponteng sekolah Ø Sikap dan adab pelajar – kurang inisiatif untuk belajar |
KOMEN & PANDANGAN | Ø PASAK sesuai untuk membincang & berkongsi idea, pandangan, strategi & program Ø Kerjasama dan kesefahaman perlu ada di antara pelajar dengan cikgu untuk memudahkan P&P Ø Pertandingan menjawab soalan matematik dengan kalkulator antara sekolah di daerah |
No comments:
Post a Comment